PETALING JAYA: Selepas menutup lembaran siri album Mathematics, penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran bakal lancarkan album terbaharunya yang berjudul Play pada 12 September ini Menerusi album tersebut, Sheeran turut menampilkan landskap muzik baharu hasil kolaborasi bersama penerbit dan pemuzik dari seluruh dunia. Lebih menarik lagi, sebahagian karya menerusi album ini diinspirasi daripada budaya muzik India dan Parsi selain mengekalkan skala, ritma, dan melodi yang sering menjadi identiti dalam lagu-lagu hits Sheeran.…