Nurul Izzah perlu bersedia jadi panglima perang jika menang

Nurul Izzah perlu bersedia jadi panglima perang jika menang

RAFIZI Ramli pada sesi audio siar Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri? di Dewan Majlis Bandaraya Serdang Jaya, malam ini. -UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Calon Timbalan Presiden PKR 2025-2028, Nurul Izzah Anwar perlu bersedia menggalas tanggungjawab besar sekiranya berjaya memenangi jawatan itu.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ketika ini ia bukan isu tawaran sebagai calon tetapi tanggungjawab yang mampu digalas sebaik sahaja memenanginya.

Jelasnya, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Nurul Izzah mampu menggalas tugas itu sebagai ‘panglima perang’ yang ‘keras’.

“Kalau Izzah menjadi Timbalan Presiden selepas ini, dia kena galas tanggungjawab menjadi ‘kaki pukul’ melawan ‘walaun’. Saya tiada masalah kalau orang lain boleh galas tanggungjawab itu. Saya berbesar hati, silakan.

“Kedua, apabila menggalas tugas Timbalan Presiden, orang itu perlu menjadi perunding kerusi parti dan yang ketiga menjadi panglima perang semasa pilihanraya.

“Peranan itu perlu dipikul dengan baik oleh Timbalan Presiden. Kalau Izzah yakin dan bersedia, mempunyai rancangan yang baik dan dia menang maka saya yakin kita akan sokong beramai-ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi audio siar Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri? di Dewan Majlis Bandaraya Serdang Jaya, malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN