PETALING JAYA: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akan dicabar oleh Nurul Izzah Anwar bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu hujung bulan ini. Nurul Izzah yang sebelum ini dikatakan hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden membuat kejutan apabila mengisi pencalonan untuk jawatan nombor dua tersebut sekitar pukul 3 petang semalam iaitu kira-kira lapan jam sebelum tamat tempoh pencalonan. Sejurus selepas itu Rafizi…