Nadiyah Shahab semakin seksi - Utusan Malaysia

Nadiyah Shahab semakin seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KITA tidak meraikan pun sebarang perpisahan atau perceraian yang berlaku apatah lagi jika melibatkan orang terkenal seperti artis dan selebriti. 

Macam takdir yang menimpa pasangan Nadiyah Shahab dan Ben Ali. Cik Bunga pernah tulis mengenai pasangan ini sebelum ini, bertanyakan mengenai apa status sebenar mereka. 

Orang sudah kecoh, kononnya pasangan ini sudah bercerai. Cik Bunga bagaimanapun ambil pendekatan tunggu dahulu kenyataan daripada dua pihak. 

Tetapi tunggu punya tunggu, sampai sekarang tidak ada lagi pun bau-bau mereka hendak kongsikan penjelasan. Kali terakhir adalah juga Ben menyebut, kononnya dia dan Nadiyah masih suami isteri. 

Tetapi tengok pada perkongsian mereka di media sosial, tidak nampak pun begitu. Malah, baru-baru ini, Nadiyah bercuti di Vietnam pun bukan bersama Ben dengarnya. Tetapi bersama kawan-kawan. Kelibat Ben tidak ada pun. 

Satu lagi, Cik Bunga tengok, kebelakangan ini, Nadiyah nampak semakin seksi betul! Sebelum ini bukannya dia tidak seksi, cuma sekarang ini nampak berlebihan pula. 

Ada yang cuit Cik Bunga, katanya, Nadiyah ini makin berani seksi sebab sudah tidak bersuami lagi. 

Dalam erti kata lain, sudah menjanda. Betul ke ini? Iyalah, kalau ada suami, tak adalah hendak dedah aurat sangat, mestilah suami akan tegur dan tidak benarkan betul tak? Tetapi itulah, Cik Bunga hendak kata lebih pun, Nadiyah sendiri lebih tahu dirinya sendiri. 

Cumanya, kalau betul sudah bercerai, bagi Cik Bunga, jelaskan sahaja hal sebenar. Lepas itu, pastilah orang ramai tidak tertanya-tanya. 

Hendak seksi pun, mungkin selepas itu orang akan faham. “Oh… Nadiyah seksi dia punya sukalah, orang sudah kembali single,” Ini contoh sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN