Murid teruja sambut ketibaan Al-Sultan Abdullah

Murid teruja sambut ketibaan Sultan

HARRISA Mohd Zulkarnain (depan - baju ungu) bersama rakan sekelas menyambut keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang ke Chenor, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekitar 1,000 murid daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Bota, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan Chenor dan Sekolah Menengah Agama Chenor teruja keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan keluarga di Pekan.

Mereka yang berbaris di sepanjang jalan tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka apabila berpeluang menyambut keberangkatan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke daerah berkenaan, baru-baru ini.

Lebih istimewa, keberangkatan Baginda bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut dengan laungan “Daulat Tuanku!” yang bergema di sepanjang jalan utama pekan kecil itu.

Suasana bertambah meriah apabila Al-Sultan Abdullah yang memandu sendiri kenderaan baginda, berkenan berhenti dan turun bersalaman serta bergambar bersama pelajar yang telah menanti dengan penuh semangat sejak pukul 12.30 tengah hari.

Menurut pelajar Tingkatan empat SMK Tengku Ampuan Afzan, Nurarisha Mohd Zamri,16, pengalaman itu adalah sesuatu yang akan dikenangnya sepanjang hayat.

Waktu Tuanku ajak bergambar, saya rasa macam mimpi. Bangga sangat dapat tengok Raja kita dari dekat,” katanya.

Rakannya, Harrisa Mohd Zulkarnain,12 pula berkata, sambutan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan rakyat dengan institusi diraja, malah menyemai rasa cinta kepada negara dan negeri dalam kalangan pelajar sejak kecil.

Sementara itu Pengetua SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Faridzah Ahmad pula berkata, sambutan itu mengeratkan hubungan rakyat dengan institusi diraja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN