Lima tindakan hapus durian haram Raub

Lima tindakan hapus durian haram Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) melaksanakan lima tindakan bagi menangani kegiatan penanaman durian secara haram di kawasan tanah kerajaan dan hutan simpan kekal, khususnya di daerah ini.

Ketuanya, Saifullah Muhammad Ali berkata, langkah-langkah yang diambil termasuk pemusnahan ladang durian haram susulan, pelaksanaan sekatan dan kawalan di kawasan terlibat, pemusnahan struktur dan pondok pertanian, kerjasama strategik bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta pemantauan kawasan menggunakan tek­nologi imej satelit masa nyata.

“Sejurus selepas selesai pemusnahan 500 ekar durian haram yang lalu, pihak berkuasa negeri (PBN) memberi masa dan peluang kepada pekebun haram menyertai skim pemutihan. Jika masih tiada hasil positif selepas dua atau tiga bulan, UPNP akan syor tindakan pemusnahan tambahan 500 ekar lagi dilaksanakan dalam kawasan ta­nah kerajaan dan hutan simpan kekal.

“Selain itu, dalam tempoh segera, cadangan dilaksanakan sekatan dan kawalan dalam kawasan durian haram yang masih tiada keputusan bertujuan memberi tekanan kepada pekebun haram untuk menyertai skim pemutihan yang ditawarkan PBN,” katanya ketika sesi taklimat Operasi Ladang Durian Haram di Batu Tiga Sungai Ruan-Sungai Klau, di sini semalam.

Katanya, Operasi Sekat 3.0 yang dijalankan bulan lalu, pihaknya menebang pokok durian di kawasan seluas 202.34 hektar yang terletak di atas tanah milik kerajaan negeri.

“Kawasan durian haram di Raub meliputi 26,000 ekar (10,521 hektar) dan terlalu luas untuk dilaksanakan rondaan fizikal secara menyeluruh. Justeru, kami mencadangkan penggunaan per­khidmatan imej satelit masa nyata menerusi langganan perkhidmatan se­perti planet.com,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN