Korban banjir dahsyat di selatan China meningkat 39

Korban banjir dahsyat di selatan China meningkat 39

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Angka kematian akibat banjir dahsyat di wilayah Guangxi, selatan China, meningkat kepada 39 orang pada Khamis, manakala sembilan lagi masih hilang, menurut laporan media kerajaan.

Cuaca ekstrem melanda kawasan selatan dan tengah China minggu ini, menyebabkan hujan lebat luar biasa serta banjir teruk di Guangxi, selain taufan super yang dijangka menuju ke wilayah timur negara itu pada hujung minggu ini.

Seramai 26 mangsa maut dikaitkan dengan kejadian pecah empangan di Takungan Liulan, manakala tujuh lagi masih hilang di kawasan berkenaan, lapor agensi berita Xinhua.

Ketika wartawan AFP tiba di Liulan semalam, banjir mula surut namun jalan raya dan rumah penduduk masih dipenuhi lumpur tebal.

Air dari takungan itu masih mengalir deras melalui sungai berhampiran, sementara pasukan penyelamat menggunakan dron besar untuk menghantar makanan dan bekalan kepada penduduk yang terperangkap di seberang kawasan berkenaan.

Rakaman video yang disiarkan penyiar kerajaan CCTV awal minggu ini menunjukkan arus deras mengalir melalui dinding konkrit empangan takungan yang runtuh, manakala anggota penyelamat memakai jaket keselamatan dikerahkan menggunakan bot getah.

Penduduk Liulan turut dilihat membersihkan rumah mereka yang musnah akibat banjir, dengan sebahagian daripada mereka menggunakan jentera pengorek untuk mengangkat barangan rumah yang rosak, menurut wartawan AFP di lokasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN