LIMA 2025 perkukuh kedudukan negara dalam hab teknologi

LIMA 2025 perkukuh kedudukan negara dalam hab teknologi maritim, aeroangkasa – Anwar 

Rafizi
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2025) mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh kedudukan negara sebagai hab teknologi maritim dan aeroangkasa di peringkat serantau dan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, LIMA 2025 bukan sekadar pameran aset dan teknologi, tetapi medan strategik untuk membina kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan.

“LIMA kali ini perlu memberi penekanan kepada pemerkasaan syarikat tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana agar dapat menembusi pasaran antarabangsa melalui inovasi.

“LIMA juga akan memangkin pertumbuhan ekonomi dengan menarik pelaburan langsung asing dan merancakkan pelancongan serta perdagangan luar negara,” katanya menerusi taklimat harian rasmi yang disiarkan secara langsung dalam Facebook, hari ini.  

Taklimat itu disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah. 

Bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow, acara ini menghimpunkan pemain utama dalam sektor pertahanan dan penerbangan komersial, termasuk dalam bidang MRO, IoT, satelit dan teknologi angkasa.

Anwar turut mengalu-alukan kehadiran pempamer, pelabur dan pelawat dari dalam dan luar negara untuk menjayakan LIMA 2025 sebagai antara edisi yang bermakna dalam sejarah penganjurannya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN