Lelaki menyorok di balkoni tingkat 19 elak dicekup khalwat

Lelaki menyorok di balkoni tingkat 19 elak dicekup khalwat

ANGGOTA bomba yang membantu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) memujuk seorang lelaki yang dipercayai berkhalwat di sebuah aparment di Kota Bharu, Kelantan. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki sanggup menyorok di ruang balkoni tingkat 19 sebuah unit apartmen di Jalan Sultan Ibrahim di sini, hari ini bagi menggelak dia dan pasangannya yang belum berkahwin dicekup berkhalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

Dalam serbuan pukul 9.25 pagi itu, lelaki berusia 30-an itu dan seorang wanita dipercayai berada di dalam sebuah bilik di apartmen berkenaan.

Bagaimanapun, Jaheaik terpaksa mohon bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu selepas bimbang jika lelaki berkenaan bertindak di luar kawalan dengan terjun dari bangunan berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd. Roziman Ismail berkata, semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati seorang lelaki berada di ruang balkoni di tingkat 19 bangunan berkenaan. 

“Lelaki itu sedang dipujuk oleh anggota penguat kuasa Jaheaik supaya tidak bertindak luar kawalan. Anggota bomba yang terlibat berjaya membantu Jaheaik memujuk lelaki itu sebelum dia berlembut hati dan menyerah diri,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN