Jangan salahkan SPRM kes kehilangan Pamela Ling

Jangan salahkan SPRM kes kehilangan Pamela Ling

PAMELA LING YUEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jangan salahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling kerana ia itu berlaku di luar bidang kuasa agensi tersebut.

Demikian tegas Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki ekoran dakwaan SPRM tidak memberi perlindungan mencukupi kepada Pamela sebelum kehilangannya 9 April lalu.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Kejadian berlaku di jalan awam, bukan di dalam kawasan SPRM, ia di luar kawalan kami.

“Malah, tiada petanda awal yang menunjukkan wujud ancaman terhadap keselamatan beliau sebelum kejadian.

“Sepanjang beberapa kali kehadirannya ke ibu pejabat SPRM sebelum ini bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram, tiada sebarang insiden mencurigakan berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Azam, pihaknya akan terus memberi kerjasama kepada polis dalam siasatan kehilangan Pamela.

“Malah, pegawai penyiasat kami yang mengambil ketera­ngan juga telah memberi kenya­taan kepada polis,” katanya.

Ditanya perkembangan siasatan kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Pamela, Azam enggan mengulas lanjut.

Namun tegasnya, siasatan akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPRM tanpa melibatkan agensi lain pada masa ini.

Semalam akhbar ini melaporkan, siasatan polis berkaitan kes culik itu menjurus kepada kemungkinan pembabitan suaminya serta beberapa individu lain sebagai suspek.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan masih berjalan dan setakat ini seramai 16 individu te­lah diambil keterangan termasuk suami Pamela. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN