Lelaki dipercayai rosakkan kuil direman empat hari

Lelaki dipercayai rosakkan kuil direman empat hari

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki tempatan yang dipercayai merosakkan rumah ibadat agama Hindu di Taman Sri Ampang, dekat sini, semalam direman empat hari bagi membantu siasatan. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, lelaki berusia 33 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

“Kita mendapatkan perintah reman selama empat hari sehingga Jumaat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Semalam, media melaporkan polis menahan seorang lelaki dipercayai merosakkan tempat sembahyang rumah ibadat agama Hindu di Taman Sri Ampang, dekat sini selepas menerima laporan berkaitan kejadian daripada kakitangan kuil. 

Mohd. Azam dilaporkan berkata, pengadu berusia 34 tahun terlihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menerusi telefon bimbitnya kira-kira pukul 6 pagi.

“Pengadu terus bergegas ke kuil sebelum dihalau oleh suspek sebelum lelaki itu mengacukan parang dan mengugut untuk memotong kepala pangadu.

“Suspek juga didapati membawa satu tukul besi, pemotong besi, dua bilah parang serta sebilah keris dan  telah memecahkan tempat sembahyang di kuil terbabit,” katanya

Menurutnya, ujian saringan air kencing mengesahkan suspek positif methamphetamine serta amphetamine.

“Motif siasatan disyaki khayal dan mendakwa terdengar bisikan,” katanya. 

Siasatan lanjut mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN