Kerjasama universiti buka peluang penyelidikan bersama Malaysia-Vietnam

Kerjasama universiti buka peluang penyelidikan bersama Malaysia-Vietnam

PHAM Minh Chinh menyampaikan syarahan umum yang menekankan dua hala istimewa antara VIETNAM dan Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kehadiran ribuan pelajar Vietnam mendorong kerjasama antara universiti-universiti terkemuka Malaysia dan Vietnam sehingga membuka lembaran baharu dalam bidang pendidikan tinggi sekali gus membawa pembangunan modal insan berkualiti.

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh berkata, Malaysia merupakan destinasi popular ribuan pelajar Vietnam yang mencerminkan hubungan pendidikan yang erat antara kedua-dua negara.

Kata beliau, terdapat lapan program pendidikan bersama yang merangkumi pelbagai bidang utama ketika ini

“Saya menghargai penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dua universiti terkemuka Vietnam (Universiti Nasional Vietnam–Hanoi dan Universiti Nasional Vietnam–Ho Chi Minh) yang membuka pintu baharu dalam pendidikan dan penyelidikan.

“Kerjasama ini menggalakkan pelancongan dan pertukaran budaya, sambil mengekalkan perpaduan serta peranan teras ASEAN dalam pembangunan yang mampan dan inklusif, termasuk kerjasama menangani cabaran global seperti perubahan iklim dan isu maritim.

“Bagaimanapun, masih terdapat potensi besar untuk kerjasama yang lebih mendalam berhubung perkara ini,” katanya ketika Syarahan Umum Perdana Menteri Vietnam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Turut hadir majlis syarahan tersebut ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor yang menjalankan fungsi Naib Canselor UKM.

Terdahulu, Minh Chính mengetuai delegasi Vietnam dalam lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Tambah Minh Chinh, Vietnam dan Malaysia mempunyai visi yang sama untuk pembangunan yang berterusan dan lestari yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan.

“Kedua-dua negara mengutamakan bidang sains, inovasi, dan digitalisasi sebagai elemen penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan sosial mereka.

“Oleh itu, kami bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor pendidikan, sains, dan teknologi digital sebagai asas utama untuk mencapai pembangunan mampan dan kemajuan di masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN