Kerajaan disaran beku syor membebankan industri

Kerajaan disaran beku syor membebankan industri

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran untuk membeku syor-syor yang menambahkan beban kepada industri seperti cukai atau kenaikan tarif elektrik 14.2 peratus dan pelaksanaan e-Invois pada Julai depan serta menangguhkan pengapungan minyak RON95 kepada harga pasaran.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, langkah itu bagi menangani tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) kepada Malaysia dan kemelesetan ekonomi pada masa akan datang khususnya bagi industri kecil dan sederhana (IKS).

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbang semula cadangan sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus oleh majikan bagi pekerja asing.

“Selain itu, kerajaan juga perlu menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara kepada dua  peratus daripada tiga peratus.

“Ia memandangkan kadar inflasi kian terkawal, sasaran utama harusnya ditumpukan kepada pertumbuhan ekonomi yang boleh dijalankan dengan menurunkan OPR. Kita harap tindakan agresif lagi oleh Bank Negara untuk membangunkan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan sidang khas Dewan Rakyat mengenai tarif timbal balik AS di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Guan Eng, kerajaan juga perlu memperkenal pakej rangsangan ekonomi untuk membantu sektor terjejas dan pekerja yang kehilangan pekerjaan.

“Selain daripada geran-geran kerajaan seperti yang diumumkan kerajaan sebentar tadi, sektor perbankan harus diwajibkan untuk memberikan pinjaman mudah atau memberikan kelonggaran kepada pinjaman yang sedia ada.

“Jangan hanya tahu untung tetapi tidak tahu menanggung beban bersama-sama,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan perlu memberi peluang perniagaan dan membuka akses kepada industri tempatan dengan mewajibkan semua pelabur asing dan tempatan untuk membeli sekurang-kurangnya 50 peratus barangan tempatan.

“Banyak IKS membuat aduan bahawa kontraktor asing yang memenangi pembidaan kerajaan dan swasta, hanya membeli barangan daripada negara asal mereka sehingga IKS tempatan tidak memperolehi sebarang tempahan perniagaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya