PETALING JAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 20 Mei (Selasa) ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, seramai 4,507 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 132 pusat peperiksaan seluruh negara.
Menurut KPM, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
“Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
“Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula 10 pagi 20 Mei (Selasa) hingga pukul 6 petang 26 Mei (Isnin),” katanya dalam kenyataan.
Semakan juga boleh dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi 20 Mei (Selasa) hingga 6 petang 26 Mei (Isnin) dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888. – UTUSAN