Kenapa perlu drama TV kalau realiti lebih menyeramkan - Utusan Malaysia

Kenapa perlu drama TV kalau realiti lebih menyeramkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASANYA bukan minggu ini sahaja, garis masa media sosial kita dipenuhi dengan kisah rumah tangga orang lain. Baik dari kisah pergaduhan rumah tangga yang sudah berkecai lama, mahupun kisah dua pempengaruh yang cukup panas. 

Minggu lepas sudah Poklip khabarkan, usahlah hal-hal dalam kain dipertontonkan dengan sesuka hati kepada umum. Iya, tahu anda selebriti, tetapi sudah tidak ada rasa malukah untuk berkongsi sedemikian? 

Netizen perlu tahu? Iya, memang ada segelintir manusia yang taksub memberi komen, menjatuh hukum, menghina dan memaki pihak yang mereka tidak suka. Tahukah andalah antara punca semua itu berlaku? 

Mana tidaknya, kalau tidak dikongsi tidak wujudlah sesi membedah perkara yang berlaku. Pihak si A bukan main mengatakan dia tidak bersalah, lantas pihak si B pun keluarkan segala bukti juga tidak bersalah. 

Masalahnya, bila netizen lebih sudu dari kuah, kadang-kadang Poklip terfikir, apa guna drama di layar kaca jika  ‘realiti’ yang dipaparkan di media sosial lebih menyeramkan, mendebarkan dan bikin ketagih. 

Kalau tak ketagih tidak wujudlah golongan yang seolah-olah duduk sebantal, baring seselimut dengan pihak-pihak terlibat. Kalian tidak ada kerja lainkah? Atau memang mendedikasikan masa untuk drama sebegitu? Tetapi secara tersiratnya, tidakkah insan-insan yang dengan mudah membuka pekung di dada ini membawa perbalahan, pergaduhan antara manusia lain. 

Kalau baca komen-komen di media sosial, takut. Masing-masing macam tiada adab dan ilmu. Semua sama baran. Masalahnya Poklip tidak terkejut pun kalau rupa rupanya yang disangka benar itu salah atau sebaliknya. Kita tidak tahu kan. Permainan media sosial ini sangat ‘jahat’. 

Ramai sahaja yang mempamerkan itu ini tetapi hakikat sebenar, sangat berbeza. Mungkin boleh dikatakan, banyak yang menipu daripada yang jujur. Begitu juga dengan golongan artis, ada yang kelihatannya cukup baik budi tetapi ada sahaja yang berselindung di sebalik wajah tenang dan mesra. 

Di belakang lensa, bukan main perangai sebenar muncul. Kali ini Poklip sangat memuji selebriti tempatan kita seperti Nora Danish, Kaka Azraff dan beberapa lagi yang sangat bijak menyimpan cerita dalam kain daripada pengetahuan umum. 

Tidak cuba memancing perhatian murahan. Bila ada yang cuba 23 menyebar fitnah, pantas sahaja mereka menafikan dan mengatakan, kebenaran itu biar mereka sahaja yang tahu. Sebab merekalah yang menjalani ujian itu, jadi biar mereka tahu. 

Tetapi melihatkan fenomena drama media sosial sekarang, rasanya penerbit dan pengkarya tempatan kena kerja lebih keras untuk hasilkan naskhah yang benar benar berkualiti serta mampu memancing penonton. 

Jangan asyik ulang cerita lebih kurang sama, kalau tak curang, gaduh – suka kahwin. Paparkan masalah yang berlaku dalam rumah tangga,. Selain kecurangan, apa lagi yang boleh menyebabkan pergolakan.

Seperti Bidaah, bagaimana drama itu boleh menembusi pasaran Indonesia yang sukar? Kerana dekat dengan realiti di sana. Maka, paparkan realiti di sini, dekat dengan kita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya