KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan kes kehilangan membabitkan Datin Seri Pamela Ling adalah kes penculikan dirancang sendiri. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kes penculikan itu mungkin dirancang sendiri oleh mangsa kerana penculikan terbabit dilihat sangat lancar tanpa sebarang pergelutan. Katanya, kemungkinan penculikan terbabit dirancang sendiri antara elemen yang disiasat pihak polis. “Itu memang proses siasatan kami, kita akan buat siasatan secara menyeluruh dari setiap sudut. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku lancar, tidak bergelut. “Jadi kemungkinan itu (dirancang sendiri) antara disiasat pihak polis,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya