Kembalikan semula semangat kekitaan – Nurul Izzah

Kembalikan semula semangat kekitaan – Nurul Izzah

NURUL Izzah Anwar ketika berucap pada program Jelajah Temu Rapat Akar Umbi Zon Selatan di Seremban kelmarin. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ahli PKR diingatkan untuk kembali membawa semangat kekitaan walau apa juga keputusan yang berlaku selepas pemilihan parti itu pada 23 Mei ini.

Calon Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar berkata, tempoh 24 bulan selepas pemilihan itu nanti merupakan waktu penting terutama buat PKR menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) terutama untuk kekal sebagai kerajaan.

Menurutnya, pemimpin dan ahli yang sudah lama bersama parti yang beliau sifatkan sebagai ‘otai’ juga perlu sentiasa memainkan peranan dengan berkongsikan pengalaman agar calon yang menang tidak kekok memimpin negeri.

“Kita mahu pastikan di belakang calon ada pasukan yang kuat untuk menggerakkan jentera. Otai harus dikuatkan dalam sesi berkongsi. Akademi politik ini dilaksanakan untuk bagaimana mahu jadi exco dan calon bukan sekadar calon.

“Malah, selepas 24 Mei, di peringkat cabang, bagaimana kita boleh memujuk satu sama lain kerana setiap seorang sangat bernilai buat kita.

“Kita harap semangat kekitaan malam ni diteruskan supaya dalam tempoh 24 bulan akan datang, hero-hero dan heroin-heroin di peringkat negeri dan cabang dilihat terus mampu memberi ikatan teguh kepada parti serta kerajaan,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Temu Rapat Akar Umbi Zon Selatan di sini kelmarin.

Ditanya pemberita mengenai pertembungannya dengan Datuk Seri Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua parti itu, Nurul Izzah berkata, beliau sentiasa optimis dengan pemilihan kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN