BATU PAHAT: Kira-kira 500 buah rumah yang dibina di sepanjang Sungai Simpang Kiri dari Sri Medan sehingga ke Pekan Parit Sulong berisiko dipindahkan sekiranya projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) menggunakan kaedah ban tanah dilaksanakan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak RTB Parit Sulong, Hairul Fauzi Mokli berkata, kira-kira 140 buah rumah terletak hanya enam meter, manakala hampir 400 kediaman terletak 14 meter dari tebing sungai tersebut. Beliau mendakwa penggunaan kaedah ban tanah memerlukan ruang sehingga 14 meter berbanding hanya beberapa meter jika projek RTB itu menggunakan kaedah tembok banjir. Justeru, pihaknya berharap Jabatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya