Jumpa bom era Perang Dunia Kedua di tapak pembinaan

Jumpa bom era Perang Dunia Kedua di tapak pembinaan

SEBUTIR bom lama dijumpai di kawasan tapak pembinaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjong Tokong, Pulau Pinang, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebutir bom lama dipercayai tinggalan era Perang Dunia Kedua dijumpai di satu kawasan tapak projek pembinaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan objek berbahaya itu sekitar pukul 9.42 malam sebelum segera mengarahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bergegas ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan oleh pasukan UPB mengesahkan bahawa objek itu merupakan sebutir bom jenis ‘unexploded ordnance’ (UXO) yang tidak meletup, dipercayai tinggalan zaman Perang Dunia Kedua.

“Tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Abdul Rozak, ketika ini, lokasi kejadian telah disahkan selamat dan UPB akan melaksanakan proses pelupusan bom berkenaan pada hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN