JHEAIK siasat pendakwah terkenal isu solat dengan bunian

JHEAIK siasat pendakwah terkenal isu solat dengan bunian

TANGKAP layar video memaparkan seorang pendakwah terkenal bercerita tentang kisah seorang ulama Kedah solat bersama bunian pada satu majlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menjalankan siasatan terhadap pendakwah terkenal berhubung penularan videonya berkaitan solat Jumaat seorang ulama bersama bunian, baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Abd. Ghani Zainudin berkata, pihaknya juga akan memanggil pendakwah berkenaan bagi mendapat penjelasan berhubung perkara itu. 

“Kita maklum tentang penularan video itu dan dakwaan pendakwah berkenaan tentang solat Jumaat bersama bunian yang didakwa dilakukan oleh seorang agamawan ketika hayatnya.

“JHEAIK akan mengkaji video tersebut dan akan memanggil pendakwah ini untuk mendapat penerangan berhubung perkara itu sebelum mengambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menegaskan, JHEAIK akan turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Mufti Kedah bagi melaksanakan tindakan sewajarnya menangani isu berkenaan.

“Kita ingin menasihatkan semua pendakwah ini supaya berhati-hati dan jangan mengeluarkan kenyataan mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak taksub tanpa mendapatkan kesahihan daripada pihak bertauliah berhubung sesuatu isu. 

“Selain itu kita berharap semua pihak bertenang dan membiarkan pihak terlibat menyiasat isu berkenaan termasuk mengeluarkan kenyataan sehingga mendatangkan kegusaran ramai di media sosial,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial video berdurasi 1.31 minit yang memaparkan ucapan pendakwah itu yang dinamakan ‘Kisah Paksu Mid Solat Jumaat Bersama Bunian di Tengah Laut’ dipercayai petikan dalam satu majlis ilmu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya