Jemaah dibimbing sebelum ke Mekah

Jemaah dibimbing sebelum ke Mekah

SHAHIDAN Ishak (dua dari kiri) bersama Naib Konsul Haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah, Affandi Abdullah (tengah) meninjau bilik penginapan bakal haji di Hotel Emaar Royal, Madinah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Semua bakal jemaah haji Fasa 1 bermula penerbangan pertama KT01 sehingga KT45 yang tiba di Madinah bakal diberikan taklimat sehari sebelum mereka menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Pengurus Zon 2 Madinah, Shahidan Ishak berkata, ia sebagai persediaan untuk jemaah mengetahui pergerakan mereka dan maklumat yang berkaitan.

“Kita membuat persiapan awal ke arah jemaah mendapatkan haji yang mabrur,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, dalam taklimat tersebut bakal jemaah haji akan dimaklumkan persediaan mereka dari segi pelaksanaan umrah, memakai ihram, niat umrah di mana sebelum ke Mekah.

“Tanpa taklimat keberangkatan ini mungkin jemaah haji tertanya-tanya bagaimanakah persediaan mereka serta kelengkapan yang mereka perlu ada sebelum bertolak ke Mekah nanti.

“Jadi taklimat itu nanti akan diberikan oleh anggota zon, dibantu anggota bimbingan dan ziarah di Madinah. Ini bagi memastikan ibadah umrah bakal haji yang hendak dilaksanakan nanti lancar dan sempurna,” katanya.

Jelasnya, semua jemaah bakal haji boleh merujuk kepada kaunter bimbingan dan ziarah di bahagian pejabat operasi di Hotel Emaar Royal.

“Kita nampak pihak pengurusan Tabung Haji telah membuat susunan lebih baik sebagai contoh kalau dilihat kumpulan jemaah KT01 masuk ke Hotel Emaar Royal (zon 2), manakala KT02 dan KT03 masing-masing ditempatkan di zon 1 iaitu di Hotel Saja Al Madinah dan Hotel Anwar Al Madinah Movenpick.

“Dengan perancangan dan aturan lebih baik ini akan memudahkan operasi zon,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN