Jamu sekampung sempena ulang tahun kelahiran ke-50

Jamu sekampung sempena ulang tahun kelahiran ke-50

MOHD. Shaiful Amri Razali (tengah) bersama ahli keluarganya di Kampung Wakaf, Pasir Puteh, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang lelaki dari Kampung Wakaf dekat sini menjamu seluruh penduduk kampungnya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50 sebagai tanda kesyukuran.

Mohd. Shaiful Amri Razali, 50, berkata, pendekatan itu dilihat mampu mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan penduduk kampung bermula dari kanak-kanak sehingga warga emas.

“Saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan, keluarga dan rezeki yang baik sepanjang 50 tahun ini. Saya nak raikan bersama jiran-jiran dan sahabat-sahabat yang banyak membantu selama ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi menjayakan kenduri tersebut, seekor lembu yang dipelihara sendiri disembelih dan dimasak dalam lima kawah gulai selain menyediakan 60 ekor ayam untuk menyantuni lebih 1,200 jemputan,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd. Shaiful Amri berkata, persiapan majlis turut dibantu oleh penduduk kampung dan pelajar-pelajar pondok berhampiran secara bergotong-royong dalam kerja memasak dan memasang tiga khemah di halaman rumah.

“Majlis ini bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun saya, tetapi sebagai wadah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung. Ia juga sebahagian majlis kesyukuran di atas pelantikan imam tua, imam muda dan bilal baru masjid Mukim Kampung Wakaf yang berse­belahan rumah saya,” ujarnya.

Mohd. Shaiful Amri berharap majlis yang dianjurkan turut menjadi contoh kepada generasi muda dalam menghargai asal-usul keluarga selain memperkukuh semangat kejiranan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini