Itulah manusia, ada saja benda bodoh mahu cakap - Ben Amir - Utusan Malaysia

Itulah manusia, ada saja benda bodoh mahu cakap – Ben Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kita ini kalau tiada benda baik mahu cakap, jangan cakap benda yang bodoh.”

Demikian kata pelakon, Ben Amir ketika menegur tindakan seorang individu meninggalkan komen yang kurang menyenangkan mengenai cuaca di Pulau Siargao, Filipina.

Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkata, pulau yang didiaminya itu pernah berdepan dengan ribut taufan yang teruk bahkan, mereka masih lagi menjalani tempoh pemulihan.

“Siargao memang pernah kena typhoon (ribut) teruk dan orang masih dalam tempoh pemulihan dan trauma pasal ini.

“Kita saling membantu dan menyokong antara satu sama lain untuk bina balik kehidupan. Tapi itulah manusia kan, ada saja benda bodoh nak cakap,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Terdahulu, Ben meluahkan rasa bahagia menjalani kehidupan sederhana di Pulau Siargao sejak beberapa bulan lalu menerusi sebuah hantaran video di Instagram.

“Matahari terpancar di kulitmu, Vitamin D, udara segar, dikelilingi alam semula jadi, tiada trafik, tiada orang gila, makanan sihat, tubuh dan minda yang sihat.

“Dan masih ada orang yang fikir aku gila kerana meninggalkan kehidupan bandar. Bila dah rasa baru anda akan faham,” katanya.

Namun, seorang netizen tampil meninggalkan komen yang kurang senang dan menyifatkan ketenangan yang dimiliki pelakon drama Dhia Kasyrani itu akan berakhir apabila ribut taufan melanda pulau indah tersebut.

“Tunggu masa typhoon nanti,” katanya netizen itu.

Pada Mac lalu, Ben memaklumkan dirinya nekad mahu meninggalkan kehidupan di bandar dan mahu membina kehidupan baru secara sederhana di Pulau Siargao.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN