IPTA dibenar laksana PdP dalam talian sempena ASEAN

IPTA dibenar laksana PdP dalam talian sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

Manfaatkan sepenuhnya lawatan dalam membentuk hala tuju kerjasama seimbang dalam konteks geopolitik semasa dan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta diberi kelonggaran untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dari 26 hingga 28 Mei ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil susulan penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang dilaksanakan di sekitar Lembah Klang sempena persidangan tersebut.

“Setiap IPT diminta untuk menyemak lokasi, masa dan tarikh penutupan laluan sepanjang 26 hingga 28 Mei ini.

“Ia bagi menentukan keperluan melaksanakan PdP secara dalam talian, bagi memastikan warga institusi tidak terkesan dengan kesesakan aliran trafik,” katanya.

KPT turut menasihatkan pelajar dan warga IPT yang terkesan agar segera berhubung dengan pihak pengurusan institusi masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan PdP dan sebarang penyesuaian yang diperlukan.

“Kementerian juga yakin pendekatan PdP secara dalam talian dapat memberi kemudahan kepada pelajar dan tenaga pengajar untuk merancang pergerakan harian mereka dengan lebih fleksibel.

“Ia diharap dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran tidak terganggu sepanjang tempoh persidangan,” katanya.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dijangka menghimpunkan pemimpin-pemimpin utama rantau Asia Tenggara dalam usaha membincangkan pelbagai isu serantau termasuk ekonomi, keselamatan dan kerjasama strategik antara negara-negara anggota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN