InDrive, Maxim diarah henti operasi 24 Julai

InDrive, Maxim diarah henti operasi 24 Julai

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Dua aplikasi e-hailing dari Russia, InDrive dan Maxim yang didakwa beroperasi secara haram diarah menghentikan perkhidmatannya berkuat kuasa 24 Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, surat memberhentikan operasi itu telah dikeluarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) kepada dua aplikasi e-hailing tersebut, baru-baru ini.

“Berkuat kuasa 24 Julai ini, operasi InDrive dan Maxim perlu dihentikan daripada beroperasi di negara ini.

“Dua syarikat e-hailing berkenaan boleh membuat rayuan, namun rayuan itu hanya boleh diputuskan saya selaku Menteri Pengangkutan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pembukaan Semula Landasan Operasi Perkhidmatan Kargo Pasir Gudang-Kempas Baru, di sini hari ini.

Isnin lalu, akhbar melaporkan gesaan supaya kerajaan mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap dua aplikasi e-hailing Russia itu termasuk menyekat akses platform perkhidmatan tersebut.

Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) dalam kenyataan mendakwa, kedua-dua platform e-hailing itu didapati terus menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

Ia termasuk tidak memastikan para pemandu mereka memiliki lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah seperti diwajibkan oleh undang-undang negara ini.

Menurut APAD, dua syarikat e-hailing berkenaan didapati melanggar syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN