Raih gelaran juara, Ikmal Amry ‘tumbangkan’ Hun Haqeem - Utusan Malaysia

Raih gelaran juara, Ikmal Amry ‘tumbangkan’ Hun Haqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Gelanggang Kejohanan Sukan Tempur Fury Championship yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur semalam menyaksikan kemenangan mudah berpihak kepada pelakon Ikmal Amry apabila aktor itu berjaya menumbangkan lawannya, Hun Haqeem, pada minit ketiga.

Disaksikan seramai 1,700 penonton seisi dewan, pertarungan tersebut merupakan titik pertemuan Ikmal dan Hun buat pertama kalinya di satu gelanggang yang sama sekali gus menuai perhatian ramai.

Pertarungan antara mereka bermula jam 12.01 tengah malam sebelum Ikmal membuat tumbukan padu yang menyaksikan Hun gagal mengawal rentak permainannya di pusingan pertama.

Ketika ditemui pemberita, Ikmal meluahkan rasa syukur meraih kemenangan pada pertarungan itu namun pada masa yang sama menaruh simpati terhadap Hun.

“Saya kasihan dengan Hun, tapi benda sudah jadi. Kita dalam sukan tempur profesional, apa yang kita boleh buat di dalam gelanggang, itu yang saya buat,”ujarnya.

Ditanya adakah kecederaan silam yang pernah dialami Hun menjadi kunci utama kemenangan mudahnya dalam pertarungan semalam, Ikmal menafikan perkara itu.

“Tidak. Sebenarnya saya ada rasa simpati sedikit terutama apabila saya tengok hidung dia dah berdarah ketika itu. Saya rasa perlu perlahankan rentak sedikit. Tetapi sebenarnya saya pun tak tahu nak buat apa.

“Kemudian jurulatih minta saya bertenang, malangnya lutut Hun cedera. Mungkin dia boleh buat lebih baik dalam pertarungan itu,”katanya,”katanya.

Menurut Ikmal lagi, dia mengetahui rakannya itu sudah lama mengalami kecederaan pada bahagian lutut iaitu Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan pernah menjalani rawatan sebelum ini.

Namun, Ikmal berkata, Hun telah memberikan keyakinan bahawa dia boleh melibatkan diri dalam pertarungan bersamanya di gelanggang tersebut.

“Untuk perlawanan ini, dia yang setuju untuk bertarung dengan saya. Sebelum ini memang saya mencari pihak lawan dan dia yang menawarkan diri sekali gus membuatkan saya terkejut.

“Saya berat hati sebenanrya nak lawan Hun. Kalau boleh saya nak bertarung dengan pihak lawan yang tidak saya kenali, lagi seronok. Sekarang saya rasa simpati, bukan nak menang sangat.

“Bila jadi macam ini saya fikir tidak mungkin saya mahu bertarung dengannya lagi. Tentunya bukan dalam masa terdekat. Dia kena pastikan kecederaannya sembuh sebaiknya,”ujarnya.

Fury Championship merupakan kejohanan sukan tempur pertama dianjurkan di Malaysia.

Kejohanan ini menampilkan barisan pejuang profesional, pencabar amatur, pempengaruh, serta selebriti, menjanjikan pengalaman penuh adrenalin bagi peminat sukan tempur.

Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wafiy dan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Jaasuzuran, Fury Championship lahir daripada minat mendalam mereka terhadap sukan tempur serta visi untuk membawa industri sukan ini ke tahap lebih tinggi.

Mengambil inspirasi daripada gergasi global seperti ONE Championship, Jaa dan Wafiy berhasrat menjadikan Fury Championship sebagai platform utama sukan tempur di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya