Seakan tidak masuk akal pun ada. Iyalah, kita hidup di zaman bila ini yang segala benda hendak diminta percuma sahaja.
Perihal artis minta jurusolek menyediakan perkhidmatan percuma ini seingat Cik Bunga, zaman dulu adalah.
Sudah masuk era 2025 ini, rasanya tidak relevan untuk seorang artis harapkan benda percuma apa lagi jika yang diminta itu adalah kudrat orang atau servis orang.
Dengar macam remeh, tapi usahlah buat begitu. Bukannya orang tak tahu penyanyi wanita ini punyai wang sebab dia pun sedang menjalankan perniagaan sendiri.
Kalau iya pun tidak mahu membazir duit, janganlah buat begitu. Kudrat orang, hasil kerja orang, bayarlah. Asyik hendak minta percuma sahaja, lama-lama orang jadi jelik atau meluat dengan perangai awak.
Pula itu, siap ‘demand’ lagi hendak khidmat jurusolek, tapi hasil kerja nak yang tip top! Wah… kalau Cik Bunga pun akan rasa macam satu penghinaan.
Awak mahu lawa, mahu cantik, tapi kedekut tahi hidung masin. Macam manalah tak kecil hati orang mendengarnya. Kalau Cik Bunga, memang tak kuasa hendak melayan. Buat bodoh sahaja.