Hampir RM20 juta bina 70 lintasan pejalan kaki baharu, jaga keselamatan pelajar

Hampir RM20 juta bina 70 lintasan pejalan kaki baharu, jaga keselamatan pelajar

AHMAD Maslan (tiga dari kanan) meninjau projek lintasan pejalan kaki di hadapan SMK Sri Tanjung di Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kementerian Kerja Raya telah dan sedang membina sebanyak 70 lintasan pejalan kaki di seluruh negara dalam tempoh dua tahun ini dengan kos keseluruhan RM19.6 juta.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pembinaan projek tersebut bagi menjaga keselamatan pejalan kaki, termasuk pelajar dan jemaah masjid.

Katanya, setiap projek menelan kos antara RM250.000 hingga RM300,000, manakala bagi persimpangan empat pula memerlukan kos sebanyak RM500,000.

“Dengan adanya lintasan pejalan kaki dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang melibatkan pejalan kaki di kawasan tumpuan ramai,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan empat projek lintasan pejalan kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tanjung, Benut, dekat sini hari ini.

Empat projek lintasan pejalan kaki tersebut di hadapan Sekolah Agama Lebai Mohd. Yakob, Ayer Baloi, Masjid Temenggung Daeng Abdul Rahman, Benut, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Markom dan SMK Sri Tanjung, Benut.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, keempat-empat projek lintasan pejalan kaki yang menelan kos RM1 juta itu telah siap dibina pada Oktober tahun lalu.

“Kita berharap orang ramai menggunakan kemudahan yang telah disediakan bagi keselamatan diri semasa melintas jalan tanpa rasa bimbang dengan adanya lampu isyarat di kawasan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN