PARLIMEN: Penyelenggaraan jalan Pan Borneo berdasarkan keutamaan

PARLIMEN: Penyelenggaraan jalan Pan Borneo berdasarkan keutamaan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menjalankan penyelenggaraan jalan di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak berdasarkan tahap keutamaan dan keperluan mendesak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, kementerian sentiasa mengambil kira laporan Notis Kerosakan (NOD) daripada syarikat konsesi penyenggaraan untuk merangka program penyenggaraan yang tepat.

Katanya, pendekatan itu diambil bagi memastikan jalan sentiasa berada dalam keadaan selamat, selesa dan lancar untuk semua pengguna.

“Melalui NOD tersebut, KKR akan menyenaraikan program penyelenggaraan turapan mengikut keutamaan dan keperluan mendesak bagi kelulusan peruntukan.

“Kementerian akan terus komited dalam memastikan pembangunan infrastruktur jalan raya dilaksanakan secara berkesan dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya menjawab pertanyaan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) mengenai rancangan menaik taraf Jajaran Red Line Long Stretches di Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, kementerian juga dalam proses menyiapkan kertas kerja bagi perancangan baki Jajaran Panjang (Long Stretch) sepanjang 119.64 kilometer (km) di beberapa lokasi.

“Kementerian ini akan mengambil kira semua aspek dari segi teknikal, keselamatan dan kemampuan kewangan kerajaan.

“Kementerian ini berharap dengan penyiapan projek-projek ini akan dapat meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan serta kelancaran aliran trafik di kawasan yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN