Generasi muda nadi transformasi media digital

Generasi muda nadi transformasi media digital

FAKULTI Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Program Kewartawanan menganjurkan Media Camp x McLive 9.0 bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 bagi menjana wacana segar mengenai peranan media global dalam dunia digital yang pantas berubah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Generasi muda wajar menjadi peneraju dalam mendepani arus perubahan pesat dunia digital yang turut menuntut media melakukan penyesuaian secara menyeluruh, kekal relevan dan berdaya saing.

Oleh itu, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Program Kewartawanan menganjurkan Media Camp x McLive 9.0 bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 bagi menjana wacana segar mengenai peranan media global dalam dunia digital yang pantas berubah.

Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, generasi muda bukan sekadar pencipta kandungan malah generasi tersebut perlu meneraju transformasi media negara pada hari ini.

“Generasi muda media perlu menguasai bukan sekadar teori tetapi juga praktikal industri sebenar.

“Program sebegini adalah satu inisiatif yang sangat signifikan dalam membina jambatan antara dunia akademik dan industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan dan penerbitan,” katanya ketika merasmikan Media Camp x McLive 9.0 di Pusat Perdagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Terdahulu, program yang bertemakan “Persoalan sejauh mana media berfungsi sebagai penyelesai masalah atau sebaliknya?” dianjurkan oleh pelajar tahun akhir program kewartawanan UiTM tersebut berjaya menarik pengunjung di PBAKL 2025.

Program itu menampilkan barisan pengarang terkemuka yang membongkar peranan media dalam membentuk persepsi awam terhadap isu semasa.

Turut mencuri tumpuan ialah Bootcamp Berita Perniagaan: Panduan Warga Bijak Mengenai Dunia Perniagaan dan Ekonomi yang memberi pendedahan untuk memahami selok-belok penulisan berita ekonomi bersama Pengarang Berita Business Times, Muhammed Ahmad Hamdan.

Sementara itu, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FKPM, Ahmad Faisal Mohamed Fiah berkata, program ini memberikan pendedahan awal tentang industri media negara yang berkembang pesat.

“Kami berharap ia dapat memupuk minat peserta sekaligus memberi ilmu praktikal untuk kerjaya masa depan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN