PETALING JAYA: Filem pecah panggung, Blood Brothers: Bara Naga (Blood Brothers), bakal ditayangkan di pawagam Kemboja bermula Selasa hadapan.
Berita itu dikongsikan pengarah, Syafiq Yusof, menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis.
“Blood Brothers bakal ditayangkan di negara Kemboja 27 Mei 2025,” tulisnya.
Lebih mengujakan, Syafiq turut memuat naik poster filem yang meraih kutipan lebih 76 juta ringgit itu dalam bahasa Kemboja.
Sebelum ini, pengarah prolifik itu pernah berkongsi banawa penerbitnya, Skop Productions sedang melalukan proses rundingan untuk menayangkan Blood Brothers di pawagam beberapa negara jiran.
Selain Kemboja, filem arahan bersama Abhilash Chandra itu telah melakukan perbincangan dengan wakil pengedar di Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Difahamkan, Thailand sudah memberikan lampu hijau untuk ditayangkan pada bulan hadapan. -UTUSAN