Edar minyak masak paket ikut zon atasi kekurangan di Johor

Edar minyak masak paket ikut zon atasi kekurangan di Johor

FUZIAH Salleh menunjukkan minyak paket dibungkus oleh sebuah syarikat di Jalan Kempas Lama, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Isu kekurangan bekalan minyak masak peket di negeri ini dijangka mampu diatasi apabila pengedaran bekalannya dibuat berdasarkan zon bermula esok.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Dr. Fuziah Salleh berkata, 17 zon telah dikenal pasti di negeri ini dan19 syarikat diberikan kuota masing-masing untuk memastikan tidak berlaku lambakan atau kekurangan bekalan di mana-mana kawasan.

“Bermula esok, sejumlah 3,112  tan metrik minyak masak peket bakal diedar mengikuti zon sebulan bagi mengatasi isu kekurangan bekalan di beberapa kawasan negeri ini.

“Isu bekalan sebelum ini timbul kerana sebahagian pembungkus minyak terus menjual kepada pembeli di kawasan berhampiran mereka, yang penting barangan habis dijual, tetapi bermula esok tidak lagi kerana masing-masing ada kuota zon untuk dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat sebuah syarikat pembungkusan minyak di Jalan Kempas Lama, di sini hari ini.

Selain Johor, pengedaran mengikut zon telah dilaksanakan di Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak.

Fuziah berkata, secara keseluruhan sebanyak 60,000 tan metrik minyak masak peket dikeluarkan 330 syarikat pengeluar sebulan bagi memenuhi keperluan negara, khususnya melibatkan pengguna kurang berkemampuan.

“Jumlah itu mencukupi bagi kegunaan domestik. Namun, tidak dinafikan bekalan ini turut digunakan golongan peniaga mikro. Setakat ini bekalan minyak masak pe ket dikeluarkan negara mencukupi,” jkatanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN