Dahulu hidup terbiar, penghuni rumah perlindungan gapai 8A SPM

Dahulu hidup terbiar, penghuni rumah perlindungan gapai 8A SPM

EVY Mariska Ulandari Sukarmah menunjukkan keputusan 8A SPM di Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun, Melaka, semalam. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Rumah Kasih Tun Abdul Aziz berjaya mengubah hidup saya dan kakak, jika tidak mungkin kami hilang arah dan hidup menjadi lebih teruk,”. Itu luahan seorang penghuni, Evy Mariska Ulandari Sukarmah, 18.

Beliau berkata, sejak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor menempatkan dia dan kakaknya di situ, hidup mereka berubah menjadi lebih bermakna, meskipun perlu hidup tanpa ibu bapa.

Katanya, lebih membanggakan apabila dia meraih keputusan cemerlang 8A dalam pepe­riksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan baru-baru ini serta muncul pelajar terbaik di rumah perlindu­ngan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, dia ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan berazam ingin mengubah hidup agar tidak lagi melarat seperti dilalui sebelum ini.

“Jika saya masih tinggal di bilik sewa di Rantau Panjang, Klang, Selangor mungkin hidup kami lebih teruk tanpa penjagaan selepas kematian ibu dan ayah, selang setahun pada 2021 dan 2022.

“Ketika itu saya di tingkatan tiga dan kakak di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang. Kami terpaksa menyewa bilik dan bekerja selepas sekolah untuk mencari sesuap nasi.

“Ibu dan bapa saudara langsung tidak ambil peduli selepas kematian kedua-dua orang tua dan kami ambil keputusan sewa bilik dan bekerja selepas balik sekolah manakala cuti hujung minggu kerja sambilan di sebuah kilang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Jalan Durian Daun di sini.

Evy Mariska berkata, hidup mereka dua beradik sangat daif hingga sering berlapar mengikat perut dan ada ketikanya hanya makan sekali sehari.

Ujarnya, keperitan itu akhir­nya diketahui pihak sekolah yang bertindak memaklumkan kepada JKM Selangor.

“Alhamdulillah sejak menja­di penghuni di sini hidup saya dan kakak lebih terjamin daripada segi makan dan minum serta pelajaran tidak terabai lagi. Kami dilayan seperti anak sendiri oleh pengetua dan warden di sini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini