PETALING JAYA: Negara diramal terus mengalami cuaca panas pada waktu tengah hari diikuti hujan serta ribut petir pada sebelah petang sehingga pertengahan Mei ini susulan fasa peralihan monsun. Sejurus tamatnya fasa berkenaan, Malaysia dijangka memasuki Monsun Barat Daya bermula pertengahan Mei hingga September yang lazimnya membawa cuaca kering dan taburan hujan rendah di kebanyakan kawasan. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, suhu tinggi yang dialami ketika ini bagaimanapun masih tidak seteruk tahun lalu yang menyaksikan beberapa kawasan mencatatkan suhu ekstrem. “Telah menjadi kelaziman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya