CGM kutip RM108.4 juta dana bantu Palestin sejak Oktober 2023

CGM kutip RM108.4 juta dana bantu Palestin sejak Oktober 2023

MUHAMMAD Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman (dua dari kanan) membentangkan perincian perbelanjaan tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) dalam sesi ramah mesra bersama media di Perpustakaan CGM, Bandar Baru Bangi di sini, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Sebanyak RM69.5 juta daripada jumlah kutipan keseluruhan RM108.4 juta berjaya disalurkan kepada penduduk Gaza menerusi kempen kemanusiaan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, dana tersebut dikutip hasil sumbangan rakyat Malaysia bermula Oktober 2023 hingga April lalu telah dimanfaatkan untuk pelbagai bentuk bantuan kecemasan serta pemulihan hidup di Gaza.

“Sehingga kini, RM108.4 juta dikutip sejak Oktober 2023 dan RM69.5 juta telah digunakan untuk keperluan mendesak seperti makanan, perubatan, tempat perlindungan, pendidikan, air bersih serta kebajikan bayi dan kanak-kanak.

“Inilah bukti keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Gaza. Kami ucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada CGM untuk menyalurkan bantuan ini secara terus dan telus,” katanya dalam sidang akhbar Perkampungan Gaza Bangkit di Ibu Pejabat CGM di sini hari ini. 

Nadir berkata, seramai 3.7 juta penduduk Gaza telah menerima manfaat daripada bantuan-bantuan ini, menjadikan ia antara misi kemanusiaan luar negara terbesar melibatkan penyertaan rakyat Malaysia.

“Antara bantuan yang paling ramai penerima manfaat ialah penerima air bersih iaitu sebanyak RM1.2 juta,” katanya.

Nadir turut memberi jaminan bahawa baki dana yang masih ada akan terus digunakan secara berperingkat mengikut keperluan semasa, dengan keutamaan kepada kawasan yang paling terjejas akibat konflik berterusan di wilayah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre(Madad), Mohammaad Yakkub Yusra berkata, mereka turut melancarkan Perkampungan Gaza Bangkit memfokuskan kepada jihad digital, ilmu dan fizikal sebagai usaha membela nasib rakyat Palestin yang terus dizalimi di Gaza.

“Kami menyahut seruan ulama sedunia untuk melancarkan jihad ke atas Israel dan mengambil tanggungjawab ini dengan menggerakkan rakyat dengan cara yang tersusun dan sistematik.

“Kami akan menubuhkan unit khas memerangi hasbara Israel dan melupuskan naratif penjajah di saluran media massa.

“Melalui jihad fizikal pula, kami akan menghidupkan semula sukan berenang, memanah dan berkuda secara sistematik untuk menghidupkan dan menormalisasikan sunnah Nabi Muhammad,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN