Bella Astillah memandu kereta macam 'puaka' - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Bella Astillah memandu kereta macam ‘puaka’ – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibarat bumi ini milik mereka, kemesraan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan pelakon, Bella Astillah terus menjadi sorotan dalam kalangan warganet.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Bella mendedahkan Syed Saddiq pernah mencatat nombor plat keretanya di dalam telefon bimbit.

“Kalau awak semua nak tahu, Syed Saddiq pernah tulis nombor plat kereta saya dalam telefon bimbitnya. Saya pun tidak tahu apa tujuannya,” katanya dalam sebuah sesi siaran langsung.

Tampil membela diri, Syed Saddiq menjelaskan dia mencatat nombor plat kereta penyanyi itu untuk membuat laporan polis kerana memandu secara berbahaya.

“Dia memandu kereta macam puaka. Bahaya. Dia bawa kereta sangat laju dan sentiasa hon saya. Ketika itu saya tidak sedar itu kereta dia sebab dia ada banyak kereta.

“Cermin kereta dia pula sangat gelap. Dia memandu macam orang gila sebab laju dan tidak memberi signal. Itu saya boleh sabar lagi. Tetapi apabila dia dari laluan paling kanan terus memotong dari tiga ke empat laluan.

“Waktu itu ada kereta lain dan saya terus ambil nombor plat itu untuk buat laporan. Bila sampai rumah dia saya nampak kereta yang sama. Saya selalu bersabar dalam kereta, tetapi saya hampir hilang sabar kerana cara dia memandu,” katanya.

Geli hati dengan perkongsian tersebut, pasangan itu terus ketawa tanpa henti sekali gus membuat rata-rata netizen tercuit dengan kemesraan mereka.

Hubungan pasangan itu mula akrab selepas mereka mempromosikan busana raya sebuah jenama tempatan sehingga mencetuskan fenomena BASS.

Malah, rata-rata warganet turut memberi lampu hijau terhadap hubungan Syed Saddiq dan Bella untuk ke fasa seterusnya iaitu ke jinjang pelamin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN