Bawa 17 cef sediakan menu ala Malaysia

Bawa 17 cef sediakan menu ala Malaysia

MOHD. HISHAM Harun (kanan) melihat proses pembungkusan makanan untuk diedarkan kepada jemaah haji Malaysia di Dapur Al Wafa, Mekah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan kira-kira dua juta pek makanan tengah hari dan malam yang diagihkan kepada jemaah di Madinah dan Mekah merangkumi 42 jenis menu, mengekalkan 80 peratus rasa masakan Malaysia.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun berkata, TH amat menitikbe­ratkan kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan jemaah termasuk permakanan di mana menu yang disediakan bukan sahaja memenuhi cita rasa Malaysia tetapi berkhasiat dan mengekalkan kualiti pada tahap terbaik.

Menurutnya, TH mempunyai tujuh dapur masing-masing dua di Madinah (Hotel Anwar Madinah Movenpick dan Emaar Ro­yal) serta lima di Mekah (Al Wafa Catering, Fawzy Abo Rozeyza, Tadco Catering, Mohsen Al Amoudi dan Nakha Alia Catering).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan tahun-tahun­ sebelum ini, jumlah pek makanan yang dikeluarkan se­panjang musim haji hampir mencecah dua juta pek sajian. Daripada ribuan sajian kita memilih 42 jenis menu disediakan untuk jemaah. Di Madinah, me­nu berputar sekali (single rotation), manakala di Mekah, dua kali rotation (minggu pertama dan kedua).

“Dari segi kawalan kualiti dan kesihatan semua menu yang kita buat di sini telah pun diteliti oleh Tabung Haji dan diperhalusi Kementerian Kesihatan (KKM) di mana kita mempu­nyai nasihat daripada pakar diet berkait kadar nutrisi yang diberi kepada jemaah serta dalam setiap hidangan,” katanya.

Beliau ditemui dalam sidang akhbar selepas melawat dua dapur di Dapur Al Wafa dan Makkah Kitchen, di sini baru-baru ini.

Jelasnya, TH mempunyai 17 cef yang dibawa dari Malaysia untuk bekerja di sini bagi memastikan kualiti dan juga masakan yang dibuat itu mempunyai sekurang-kurangnya 80 peratus cita rasa Malaysia.

“Bahan mentah yang digunakan adalah berkualiti, contoh­nya TH guna beras basmati dari India, daging dari Brazil dan semua ini adalah halal, begitu juga premix yang dibawa khas dari Malaysia untuk mendapatkan cita rasa seperti kurma, sambal dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini