MEKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesyorkan pelaksanaan ‘lockdown’ pergerakan jemaah berhubung risiko strok haba berikutan cuaca panas dijangka mencecah 50 darjah Celsius di Arafah dan Mina pada waktu kemuncak Masyair. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun berkata, makluman itu diterima melalui kumpulan WhatsApp Ketua-Ketua Rombongan Haji seluruh negara dan juga dalam pertemuannya dengan Timbalan Menteri Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Hassan Yahya Al-Manakhrah.…