JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia memansuhkan kuasa yang ada pada beliau sebagai Presiden PKR dalam meluluskan pencalonan ahli baharu pada pemilihan parti dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan datang. Menurutnya, semua permohonan tersebut dihantar ibu pejabat parti kepada beliau untuk diluluskan bagi mengelak salah faham atau dakwaan pilih kasih dan mengakui meluluskan semua permohonan dibuat ahli baharu yang mahu bertanding dalam Pemilihan PKR…










