AGC sahkan kematian Teo Beng Hock diklasifikasi NFA

AGC sahkan kematian Teo Beng Hock diklasifikasi NFA

Jabatan Peguam Negara (AGC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock pada 2009 diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

AGC dalam kenyataannya berkata, tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan sebarang kesalahan terhadap mana-mana individu mengikut undang-undang.

Jelasnya, AGC sudah meneliti dan menyemak keseluruhan kertas siasatan yang dikemukakan.

“Hasil semakan terhadap semua keterangan yang ada mendapati tiada keterangan mencukupi untuk membuktikan sebarang kesalahan terhadap mana-mana individu mengikut undang-undang.

“Sehubungan itu, arahan diberikan adalah supaya NFA diambil ke atas kertas siasatan ini,” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menyifatkan keputusan AGC mengklasifikasikan siasatan kematian Beng Hock sebagai NFA mengecewakan dan bertentangan dapatan dibuat Mahkamah Rayuan berhubung kes itu.

Justeru, beliau mendesak Peguam Negara memberikan penjelasan berhubung keputusan NFA itu memandangkan terlalu banyak persoalan belum terjawab.

Ramkarpal turut mempersoal adakah AGC benar-benar mendapati tiada bukti langsung wujudnya perbuatan salah laku sepanjang siasatan yang dijalankan selama 16 tahun itu.

Pada masa sama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement (TBH-ADA) mendedahkan siasatan kes kematian Beng Hock kira-kira 15 tahun lalu, didakwa sudah diklasifikasikan sebagai NFA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN