34 calon STAM dapat keputusan mumtaz

34 calon STAM dapat keputusan mumtaz

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 34 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 berjaya mendapat keputusan mumtaz dalam semua mata pelajaran.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, keputusan peperiksaan STAM 2024 menunjukkan peningkatan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 3.00 mata berbanding 3.09 mata pada 2023, mengecil sebanyak 0.09 mata.

Katanya, GPK bagi calon sekolah KPM adalah 2.81 mata berbanding 2.91 mata pada 2023, mengecil sebanyak 0.10 mata.

“Ini menunjukkan pencapaian calon STAM sekolah KPM pada tahun 2024 adalah lebih baik berbanding tahun 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 4,507 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2024 dan daripada jumlah tersebut, seramai 1,552 (34.4 peratus) adalah calon sekolah KPM. Selebihnya, calon sekolah menengah agama negeri (1,726; 38.3 peratus), sekolah menengah agama rakyat (296; 6.6 peratus), sekolah menengah swasta (29;0.6 peratus) dan persendirian (904;20.1 peratus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN