3,261 kes kebakaran terbuka tahun ini

3,261 kes kebakaran terbuka tahun ini

NOR Hisham Mohammad bersama penerima anugerah pada Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Bomba 2024 di Shah Alam, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 3,261 kes kebakaran terbuka direkodkan sepanjang tahun ini, sehingga 15 Mei lalu, penurunan ketara berbanding 9,000 kes dalam tempoh sama sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, kes yang pa­ling banyak dicatatkan adalah kebakaran belukar dan lalang sebanyak 2,917 kes.

“Ia diikuti dengan 229 kes kebakaran hutan dan 115 kes kebakaran kebun dan ladang,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024,

Penyampaian Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan Sijil Perkhidmatan Terpuji JBPM Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, semalam.

Menurutnya, sebanyak 572 lokasi di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai titik panas (hot spot) sering berlakunya kebakaran terbuka.

Kata Nor Hisham justeru beliau telah mengarahkan semua balai bomba berada dalam kea­daan sentiasa bersedia untuk bertindak pantas memadamkan kebakaran jenis itu.

“Saya melihat kesedaran orang awam berhubung pen­tingnya tidak membuat pembakaran terbuka semakin meningkat saban tahun.

“Sekali lagi, saya menyeru orang awam supaya tidak me­lakukan kebakaran terbuka, lebih-lebih ketika musim Monsun Barat Daya yang berlaku sekarang ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN