Ziana Zain tak halang anak-anak berhari raya dengan bekas suami - Utusan Malaysia

Ziana Zain tak halang anak-anak berhari raya dengan bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Ziana Zain, 56, tidak pernah menghalang anak-anaknya untuk meraikan Aidilfitri dengan bekas suaminya, Armin Zaharin.

Malah Ziana sentiasa terbuka dan sedia membenarkan sekiranya Armin berkelapangan untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

“Saya tak kisah, okey sahaja. Cuma bergantung kepada ayah mereka, ada atau tidak masa untuk bersama anak-anak.

“Saya tak pernah halang anak-anak untuk berhari raya dengan dia.

“Malah sebelum ini anak-anak pernah meluangkan masa bersama dia semasa hari raya,” katanya yang ditemui sempena majlis rumah terbuka Rizman Ruzaini, baru-baru ini.

Ziana dan Armin, yang sebelum ini bergelar suami isteri selama 20 tahun, dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Amar, Muhammar Aiman, Siti Nur Kaseh dan Muhammad Airil Armin Zaharin.

Selepas dua dekad bersama, Ziana dan Armin memutuskan untuk bercerai pada 2018.

Disoal sambutan Syawal tahun ini, Ziana memaklumkan perayaan Aidilfitri kali ini disambut sederhana dengan membawa keluarganya bercuti di salah sebuah inap desa berdekatan kediamannya di Selangor.

“Tahun ini kami sekeluarga tak anjurkan rumah terbuka kerana bawa mak ayah bercuti dalam seminggu di sebuah lokasi tidak jauh dari kediaman kami.

“Orang tua saya pun sudah lanjut usia, mereka tIdak lagi berkemampuan untuk mengadakan rumah terbuka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya