KUANTAN: Tindakan pantas pasukan peronda Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berjaya mematahkan cubaan menyeludup syabu bernilai hampir RM15 juta dalam satu operasi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang, dekat sini semalam. Rampasan itu dibuat ketika Operasi Utama Zon Timur dijalankan pada pukul 10 pagi hingga 1 petang di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuala Lumpur. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan bermula…