Tidak bertegur lebih sedekad Afdlin Shauki, Que Haidar sudah berdamai - Utusan Malaysia

Tidak bertegur lebih sedekad Afdlin Shauki, Que Haidar sudah berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki gagal menahan sebak ketika berjumpa dengan aktor, Que Haidar setelah lebih sedekad tidak bertegur sapa.

Menurut Afdlin, pertemuan tersebut membuatkan dirinya rindu untuk bekerjasama dengan Que yang disifatkan sebagai seorang pelakon versatile.

“Lama tak berbual dengan Que. Sebab ada insiden yang sekarang ini kita boleh lupakan.

“Rindu nak kerja dengan Que fasal abang percaya dia adalah antara pelakon lelaki terbaik di Malaysia. Sangat versatile dan sangat dinamik,” katanya menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Meskipun sudah berlapang dada untuk memaafkan antara satu sama lain, Afdlin bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci insiden yang menjadi asbab hubungan mereka renggang.

Dalam masa sama, pengarah filem Harimau Malaya: The Untold Story itu meluahkan rasa syukur kerana pertemuan itu mendorong mereka untuk kembali bersahabat dan membuka lembaran baru.

“Perjumpaan hari itu di rumah Imilya bukan kali pertama tapi sebak di dada tak dapat dibendung kerana rasa macam ruginya kita tidak berbual selama sedekad lebih.

“Kami saling bermaafan dan harapan abang ini adalah permulaan baru untuk kami. Love you Que,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN