Syarikat telekomunikasi berlesen dibenarkan sedia rangkaian fiber optik di jajaran rel kereta api - Loke

Syarikat telekomunikasi berlesen dibenarkan sedia rangkaian fiber optik di jajaran rel kereta api – Loke

Anthony Loke menyaksikan sesi penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dari Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keretapi, Datuk Azhar Ahmad (kanan) kepada Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communcations Sdn. Bhd. Wing K, Lee (kiri) Majlis Apresiasi Pelanggan dan Hari Terbuka RAC 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan kini membenarkan syarikat telekomunikasi berlesen menyediakan perkhidmatan rangkaian fiber optik di sepanjang jajaran rel kereta api di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan itu dipersetujui menerusi satu memorandum dibawanya kepada Jemaah Menteri sebelum ini.

Beliau berkata, setakat ini, YTL Communications Sdn. Bhd. menerusi Permintaan Cadangan (RFP) telah dipilih mengoptimumkan penggunaan aset rel nasional bagi pembangunan rangkaian fiber optik berkelajuan tinggi.

“Sebelum ini, FiberRail Sdn Bhd merupakan syarikat yang diberikan hak eksklusif untuk memasang fiberoptik di semua laluan-laluan landasan kereta api.

“Dengan adanya satu keputusan dasar untuk merealisasikan waylift ini, maka syarikat-syarikat lain boleh dibenarkan untuk menggunakan laluan kereta api kita untuk memasang fiberoptik,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi dan Hari Terbuka Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 2025 di sini hari ini.

Pada majlis itu, YTL Communications Sdn. Bhd. diumumkan sebagai syarikat pertama yang berjaya dalam RFP yang dilaksanakan RAC pada 2023 untuk membangunkan infrastruktur fiber optik di sepanjang 1,600 kilometer jajaran rel dari Padang Besar ke Johor Bahru dan Tumpat di Kelantan.

Loke dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Pembangunan Rangkaian Fiber Optik antara Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd. Wing K. Le.

Sementara itu, Loke menegaskan hak eksklusif pembangunan rangkaian itu bukan untuk satu pihak sahaja tetapi ia terbuka kepada semua syarikat pembekal telekomunikasi yang layak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya