Gerakan kultus dalam radar pasukan keselamatan – Saifuddin

Gerakan kultus dalam radar pasukan keselamatan – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail berbual mesra dengan seorang pelajar yang menerima sumbangan persekolahan pada Program Kembali Ke Sekolah 2026 di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Kewujudan gerakan kultus menyimpang dari Korea Selatan yang dikatakan aktif di negara ini didapati tidak sehingga ke tahap yang boleh mengancam keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah diberi taklimat oleh Cawangan Khas Bukit Aman tentang pertubuhan itu, corak kegiatannya, penglibatan tokoh tempatan dan beberapa maklumat lain.

“Fakta nombor satu adalah sememangnya ia berada dalam radar pasukan keselamatan, jadi apakah bentuk kegiatannya sehingga sampai pada satu tahap untuk kita kata mengancam keselamatan negara, (jawapannya) belum sampai tahap itu lagi,” katanya selepas Program Kembali ke Sekolah 2026 di sini, semalam.

Beliau mengulas perkembangan siasatan dakwaan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin kewujudan satu gerakan kultus dari Korea Selatan yang menyimpang dan didakwa sedang bergerak aktif di negara ini.

Saifuddin berkata, pemantauan berterusan oleh pihak polis sedang dilakukan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menggugat kesela­matan.

“Jadi barangkali kerana pe­nampilannya begitu, maka penglibatan kehadiran beberapa tokoh politik itu berlaku.

“Jadi cukup untuk buat masa ini, kenyataan yang disebut oleh Dr. MAZA (Mohd Asri Zainul Abidin) itu sememangnya organisasi tersebut sebenarnya di dalam makluman pihak ke­selamatan kita,” katanya. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN