Selesa, bergaya dengan baju sukan dwifungsi

Selesa, bergaya dengan baju sukan dwifungsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAKAIAN sukan dwifungsi semakin menjadi pilihan ramai terutama bagi individu aktif yang tidak mahu mengorbankan gaya.

Reka bentuknya yang selesa, ringan dan bernafas, menjadikannya sesuai dipakai dalam pelbagai aktiviti, daripada bersenam hingga ke urusan seharian.

Dengan gaya hidup sibuk, pakaian sukan dwifungsi memudahkan individu untuk bergerak tanpa perlu menukar pakaian.

Sebagai contoh, baju t yang dipakai semasa berlari atau bersenam, boleh dipadankan dengan pakaian kasual untuk ke pejabat atau acara santai.

Jenama Uniqlo turut tidak ketinggalan dalam trend ini dengan melancarkan koleksi pakaian utiliti sukan (SUW) 2025.

Koleksi ini menampilkan teknologi fabrik canggih dan rekaan inovatif termasuk airism, dry-ex, ultra stretch dan perlindungan sinar ultraungu (UV).

Semua elemen ini direka untuk memudahkan pergerakan, memenuhi keperluan pelbagai jenis senaman, sambil mengekalkan estetika bergaya.

Dengan kemampuannya beralih lancar dari pakaian aktif ke harian, koleksi ini memastikan anda tidak perlu lagi berkompromi antara keselesaan dan fesyen

Sama ada di gimnasium atau ketika menguruskan tugasan harian, rangkaian SUW 2025 adalah pilihan versatil, bergaya dan selesa sepanjang hari.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN