Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa kawasan pagi esok

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa kawasan pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorlogi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca tidak menentu di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pagi esok.

MetMalaysia berkata, Perlis diramalkan mengalami ribut petir di kebanyakkan tempat manakala beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang turut dijangka cuaca yang sama.

“Negeri-negeri lain seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pula diramal mengalami hujan lebat di beberapa tempat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, cuaca di Sabah dijangka kekal kering tanpa sebarang hujan di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Sarawak pula, hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan termasuk Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang namun beberapa kawasan lain seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dijangka tidak mengalami hujan.

Bagaimanapun, cuaca cerah tanpa hujan turut dijangka di Kelantan, Pahang, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN