Peruntukan dilulus sebelum pilihan raya

Peruntukan dilulus sebelum pilihan raya

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROJEK pembangunan dan infrastruktur yang sedang dilaksanakan di Tapah tiada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning. 

Tegas Menteri Besar Perak, DATUK SERI SAARANI MOHAMAD, semua pembangunan berkenaan hasil peruntukan yang diluluskan sebelum PRK itu lagi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata demikian kepada wartawan Utusan Malaysia, SAYED HISHAM IDRIS pada sidang akhbar di Ipoh, kelmarin bagi menjawab dakwaan kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan tersebut bagi tujuan kempen PRK.

UTUSAN: Boleh jelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini?

SAARANI: Larangan meluluskan peruntukan projek pembangunan dan infrastruktur semasa PRK Ayer Kuning, kalau ikut syarat dalam tempoh berkempen daripada 12 hingga 26 April.

Contohnya pelaksanaan projek penyuraian trafik di pekan Tapah, bukan semasa kempen, ia semasa Allahyarham Ishsam Shahruddin lagi. Secara kebetulan pelaksanaannya masa ini. 

Bagaimana peruntukan RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini?

NGA Kor Ming (Menteri KPKT) ada luluskan peruntukan namun diluluskan sebelum hari penamaan calon. Peruntukan bukan tiba-tiba datang tetapi ada permohonan dibuat.   

 

Adakah permohonan Allahyarham Ishsam?

Dia meninggal 22 Februari, pada 20 Februari ada hantar surat mohon peruntukan. Saya buka surat pada 24 Februari, tidak sampai hati untuk tidak meluluskan kerana itu permohonan dia berasaskan seorang wakil rakyat. 

 

BILA BN akan melancarkan manifesto?

Manifesto dibuat pembuat dasar, kalau nak tubuh kerajaan negeri,  ada manifesto yang ditawarkan.  Bagi calon BN mungkin ada keinginan dan hasrat dia jika dipilih. Ada benda dia nak buat dalam di kawasan dia. Jadi manifesto calon ini tak boleh buat peringkat negeri sebab dia nak buat manifesto DUN Ayer Kuning sahaja. Dua tiga hari lagi (akan dilancarkan). Kita masih diperhalusi  sebab kebanyakan pembangunan di Ayer Kuning sudah dibuat kerajaan negeri. Kalau ada perkara yang yang spesifik dia nak buat,  kita akan bincang dengan dia  (calon BN) dan kita akan jadikan ia sebagai manifesto.

 

Apa komen isu Ketua Pembangkang DUN Perak, Razman Zakaria digantung enam bulan?

Kita ada tiga warna lampu isyarat. Warna hijau boleh berjalan, warna merah berhenti. Tetapi ada juga orang yang warna merah pun dia langgar. Apabila langgar, kena tangkap, kena dakwa, kena denda. Adakah kita nak kata tidak adil? Peraturan sudah ada (dinyatakan). Sama seperti kes ini. Kita ada buku hijau (Perintah Tetap), ia dibuat oleh ADUN sendiri, kita yang buat.

Ketua Pembangkang pun ada. Jadi dalam peraturan dewan, kita boleh bercakap dan berhujah, tetapi ada batas. Jangan melampaui batas dan tak boleh menghasut atau menghina. Apabila langgar peraturan maka dihukum. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN